Kupon Elektronik Pintar
e-kupon adalah platform tanpa tunai berasaskan kupon elektronik yang dibangunankan oleh Ibu Bapa dan komuniti sekolah untuk generasi Madani. Penggunaan kupon tradisional sebagai medium transaksi yang terkawal kini diperkenalkan semula dengan penggunaan teknologi kad pintar dan aplikasi mudah alih yang lebih dinamik dan cekap.
Fungsi dan Kegunaan
e-kupon menyelesaikan masalah pembayaran dengan menggunakan ekosistem pembayaran gelung-tertutup atrau closed-loop payment ecosystem. Kaedah ini adalah bagi mewujudkan kawalan perbelanjaan bagi membolehkan pembayar memastikan duit bayaran yang diwakili oleh kupon elektronik ditebus dan dimanfaatkan oleh penerima yang berhak tanpa risiko keciciran perantara.
e-kupon adalah platform kupon elektronik yang menggunakan teknologi kad pintar dan bukan solusi e-dompet atau e-wallet di dalam rangkaian pembayaran terbuka seperti VISA atau Mastercard. Perkhidmatan platform e-kupon kini hanya boleh digunakan di sekolah – sekolah berdaftar.