> e-kupon
e-kupon ialah ekosistem pembayaran gelung tertutup dengan token digital sebagai kupon transaksi. Kaedah pembayaran kupon elektronik ini tercetus daripada kupon tradisional yang sangat popular di kantin besar dan kafeteria suatu ketika dahulu. Kita semua mesra dan sudah biasa dengan sistem pembelian berkupon ini dan kini, kami membawa konsep penggunaan kupon yang sama dengan ciri teknologi moden, ke dalam platform pembayaran tanpa tunai yang sesuai untuk kegunaan komuniti sekolah.
Pasukan Kami
Teknologi platform e-kupon dibangunkan oleh pasukan jurutera dan pakar tempatan dengan kerjasama dari syarikat MSC-status dan komuniti setempat.
Idea pembangunan platform ini tercetus dari komuniti sekolah, termasuk ibu dan bapa dikalangan kami yang merupakan pengasas kepada kewujudan kami untuk menerajui visi sekolah digital setaraf dengan sekolah antarabangsa di luar negara.
Sekolah Kebangsaan Taman Universiti (SKTU), Seri Kembangan merupakan sekolah pertama yang bersama – sama bertungkus lumus dalam usaha pembangunan konsep dan pembuktian teknologi (proof of concept) sehingga kami mendapat sokongan dan kelulusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membuat ujian rintis (pilot test) pada tahun 2018.
Sekolah rintis pertama yang turut serta dalam usaha menambah baik dan menggilap prototaip awal platform dan teknologi e-kupon adalah Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra (SKBSP), Kajang. SKBSP turut bersama dalam kerja penyesuaian e-kupon dari tahap produk ringkas yang berfungsi atau Minimum Viable Product (MVP), sehingga e-kupon menjadi platform pembelian di sekolah yang sesuai digunakan dengan pematuhan SOP persekolahan pandemik.
Namun kini, e-kupon telah menjadi kayu ukur atau defacto standard program pendigitalan sekolah 2023 dengan fungsi dan keupayaan menjadi rangkaian pembayaran gegelung tertutup atau closed loop berserta kad pelajar unified untuk kegunaan sistem kedatangan, perpustakaan dan integrasi sistem – sistem lain pada masa hadapan.
Dengan sokongan dan kelulusan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bersama – sama Jabatan Pendidikan Negeri, kini kami memperluaskan rangkaian pembayaran e-kupon serata negara.